LOS ANGELES, 5 Jan (Bernama-Xinhua) -- Filem sains fiksyen epik terbitan Disney dan 20th Century, “Avatar: Fire and Ash”, terus mengungguli carta pecah panggung Amerika Utara untuk minggu ketiga berturut-turut dengan anggaran kutipan tiket sebanyak US$40 juta, lapor Xinhua pada Ahad yang memetik data firma penyelidikan Comscore.
Filem ketiga dalam francais “Avatar” arahan James Cameron itu kini telah mencatatkan kutipan keseluruhan sebanyak US$306 juta di Amerika Utara dan US$777.1 juta di peringkat antarabangsa, menjadikan anggaran kutipan global melebihi US$1 bilion.
Sementara itu, filem komedi animasi Disney, “Zootopia 2”, kekal di tangga kedua dengan kutipan US$19 juta pada hujung minggu ini. Selepas enam minggu ditayangkan, sekuel kepada filem “Zootopia” (2016) itu telah mengumpul US$363.6 million di peringkat domestik, dengan jumlah kutipan seluruh dunia mencecah US$1.59 bilion.
Melengkapkan kedudukan tiga teratas ialah filem ngeri terbitan Lionsgate, “The Housemaid”, yang meraih US$14.87 juta pada minggu ketiga tayangannya. Ini menjadikan jumlah kutipan domestik filem berkenaan meningkat kepada US$75.7 juta setakat Ahad.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial