SYDNEY, 30 Dis (Bernama-Xinhua) -- Seorang lelaki berusia 24 tahun didakwa berhubung rancangan untuk melakukan serangan tembakan di kawasan awam di barat daya Sydney, kata polis pada Selasa, lapor Xinhua.
Pasukan polis negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa lelaki itu ditahan pada Isnin oleh detektif yang menyiasat dakwaan rancangan melakukan serangan tembakan di kawasan awam di barat daya Sydney.
Susulan siasatan, pegawai polis melaksanakan waran geledah di sebuah kediaman di Fairfield West, kira-kira 26 kilometer di barat Sydney, pada lewat Ahad malam.
Ketika pemeriksaan, polis dipercayai menemui dan merampas dadah terlarang serta sebuah telefon bimbit. Sebuah lagi telefon dirampas dalam satu lagi serbuan di sebuah kediaman di kawasan berhampiran Greenacre pada Isnin, dan lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di rumah di Fairfield West pada malam sama.
Dia kemudian dibawa ke balai polis dan didakwa atas beberapa pertuduhan termasuk memiliki pistol tanpa kebenaran, melepaskan tembakan dengan niat menyebabkan kecederaan parah, mengarah aktiviti kumpulan jenayah serta merekrut individu lain untuk membantu melaksanakan kegiatan jenayah.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial