DUNIA > BERITA

"Zootopia 2" Perbaharui Rekod Jumlah Penonton Filem Import Di Pasaran China

19/12/2025 04:40 PM

BEIJING, 19 Dis (Bernama-CMG) -- Filem Disney "Zootopia 2" mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penonton China. 

Menurut statistik terkini platform dalam talian, sehingga 18 Dis, "Zootopia 2" berjaya memperoleh kutipan tiket sebanyak RMB3.6 bilion (RM2.2 bilion), melibatkan 91.06 juta penonton di seluruh China.

Ia sekali gus memperbaharui rekod jumlah penonton filem import di China yang dicipta oleh "Avengers: Endgame" sebelum ini, iaitu 86.8 juta penonton. 

Beberapa media asing mengulas bahawa pasaran China menjadi antara sumber kutipan tiket utama di dunia.

Menurut ulasan berkaitan, pasaran filem China mempunyai pelbagai kelebihan seperti skop yang besar, struktur yang stabil, persaingan baik, dan keterangkuman.

Justeru, ia boleh secara proaktif terlibat dalam penyusunan semula landskap industri perfileman global.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan