DUNIA > BERITA

Rakyat Malaysia Di Kemboja Diminta Kemas Kini Maklumat Diri, Patuhi Protokol Keselamatan

11/12/2025 02:46 PM

PHNOM PENH, 11 Dis (Bernama) -- Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja menggesa semua rakyat Malaysia yang menetap di negara itu untuk mendaftar dan mengemas kini butiran peribadi masing-masing, dengan menekankan bahawa rekod tepat amat penting bagi memastikan penyampaian maklumat rasmi tepat pada masanya ketika kecemasan.

Dalam hantaran di Facebook pada Khamis, kedutaan mendedahkan ramai rakyat Malaysia berpindah atau meninggalkan Kemboja sejak beberapa tahun lalu tanpa mengemas kini maklumat mereka.

“Latihan kemas kini maklumat penting bagi memudahkan kedutaan menambah baik penyampaian maklumat rasmi, pengurusan perkhidmatan konsular dan langkah-langkah berkaitan,” menurut kenyataan di laman Facebook kedutaan.

Terdahulu, kedutaan turut menasihati rakyat Malaysia di Kemboja supaya mengelakkan perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Battambang dan Pursat.

“Warganegara Malaysia di Kemboja dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan melalui sumber berita yang sahih dan mematuhi sepenuhnya arahan serta nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan,” menurut nasihat keselamatan itu.

Nasihat itu dikeluarkan ketika ketegangan di sempadan Kemboja–Thailand terus meningkat sejak Isnin.

Untuk bantuan, mereka boleh mengemukakan permohonan melalui e-mel: mwphnompenh@kIn.gov.my atau menghubungi talian hotline 24 jam: +855 12 216 176.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman sesawang kedutaan: https://www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan