MANILA, 10 Dis (Bernama-Xinhua) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) menaikkan unjuran pertumbuhan 2025 bagi ekonomi di Asia Membangun dan Pasifik kepada 5.1 peratus - peningkatan sebanyak 0.3 mata peratusan berbanding September - disokong oleh pertumbuhan India yang lebih kukuh daripada jangkaan serta prestasi eksport yang mantap dalam kalangan ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan teknologi di rantau itu.
Pertumbuhan untuk 2026 juga dinaikkan sebanyak 0.1 mata peratusan, didorong oleh pengurangan ketidaktentuan perdagangan selepas beberapa perjanjian perdagangan dimuktamadkan, lapor Xinhua.
Disebalik kenaikan ini, pengembangan serantau dijangka sederhana kepada 4.6 peratus tahun depan, dipengaruhi oleh tarif Amerika Syarikat yang lebih tinggi dan kelemahan aktiviti ekonomi global.
Permintaan luar yang lebih kukuh, khususnya bagi sektor elektronik, mendorong semakan naik terhadap unjuran pertumbuhan Asia Timur, yang kini berada pada 4.6 peratus pada 2025 dan 4.1 peratus pada 2026.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial