BEIJING, 2 Dis (Bernama-CMG) -- Genap empat tahun beroperasi, peranan landasan kereta api China-Laos sebagai “saluran emas” terus terserlah apabila ia mencatat lebih 62.5 juta perjalanan penumpang dan mengendalikan 72.5 juta tan kargo.
Perkhidmatan penumpang kereta api China-Laos menunjukkan peningkatan ketara tahun demi tahun, dengan jumlah bulanan mencecah 2.2 juta, berbanding hanya 600,000 ketika mula dibuka.
Aliran penumpang rentas sempadan harian turut melonjak kepada 1,400 orang, berbanding 300 sebelum ini.
Kemudahan perjalanan antara Kunming dan Vientiane juga dipertingkatkan apabila perkhidmatan penumpang antarabangsa bagi laluan China-Laos kini ditambah kepada empat kali sehari.
Dalam tempoh empat tahun, seramai 640,000 pengembara dari lebih 120 negara dan wilayah telah melakukan perjalanan rentas sempadan menggunakan perkhidmatan itu.
Bagi operasi kargo, jumlah kumulatif hantaran rentas sempadan melebihi 16 juta tan.
Pengoperasian rel itu juga membawa manfaat ekonomi yang ketara, dengan kos pengangkutan kargo dari Kunming ke Thailand melalui Laos berkurang sebanyak 30 hingga 50 peratus, manakala kos pengangkutan domestik di Laos menurun antara 20 hingga 40 peratus.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial