DUNIA > BERITA

Lebih 8,500 Penerbangan Di AS Alami Kelewatan Akibat Ribut Salji

01/12/2025 11:43 AM

WASHINGTON, 1 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Lebih 8,500 penerbangan mengalami kelewatan dan ratusan lagi dibatalkan akibat ribut salji yang menjejaskan Colorado dan barat laut Amerika Syarikat (AS), menurut data FlightAware, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut laporan media AS sebelum ini, amaran ribut salji telah dikeluarkan bagi barat laut negara itu pada Sabtu. Susulan itu, lebih 1,400 penerbangan domestik dan antarabangsa di seluruh negara dibatalkan.

Menurut data penjejakan penerbangan masa nyata, jumlah keseluruhan penerbangan yang mengalami kelewatan di dalam, memasuki dan meninggalkan negara itu hari ini mencecah 8,558, dengan 686 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat daripada 1,072 pembatalan di seluruh dunia.

Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare (ORD) di barat laut Chicago, Illinois, menghadapi gangguan paling ketara, dengan 121 penerbangan telah dibatalkan, menurut perkhidmatan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan