DUNIA > BERITA

Konsulat Malaysia Di Songkhla Hulur Bantuan Kepada Anak Yatim Dan Golongan Daif

09/11/2025 05:29 PM

YALA, 9 Nov (Bernama) -- Seramai 42 anak yatim dan 10 individu daripada golongan daif di wilayah selatan Thailand pada Ahad diraikan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla dengan kerjasama "Malaysian Universities Alumni Association of Thailand (MUAT)" melalui pemberian biasiswa dan paket makanan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata program itu bertujuan membantu meringankan beban pelajar miskin, anak yatim dan keluarga daif.

“Saya berharap sumbangan yang diberikan hari ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar harapan kepada para pelajar di sini,” katanya kepada pemberita pada Ahad.

Sementara itu, Karimah Hanikmat (She), penjaga kepada empat anak yatim menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia dan MUAT atas keprihatinan serta sokongan berterusan terhadap anak-anak miskin di wilayah tersebut.

“Pemberian ini menjadi pembakar semangat kepada para pelajar dan mendorong kami untuk terus mempergiat usaha membantu mereka yang lebih memerlukan,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Fahmi bersama wakil MUAT menyampaikan sumbangan biasiswa serta paket makanan kepada 52 penerima terdiri daripada anak yatim dan keluarga daif di selatan Thailand sempena sambutan ulang tahun ke-10 penubuhan MUAT di negara itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan