DUNIA > BERITA

Trump Tolak Kemungkinan Bertanding Bagi Penggal Ketiga

03/11/2025 05:19 PM

ISTANBUL, 3 Nov (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menolak kemungkinan untuk bertanding bagi penggal ketiga pada pilihan raya presiden 2028.

Beliau berkata demikian pada temu bual rancangan 60 Minutes terbitan CBS News yang disiarkan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

“Saya langsung tidak memikirkannya. Saya boleh katakan bahawa ramai yang mahu saya bertanding,” katanya ketika ditanya oleh hos rancangan, Norah O’Donnell sama ada beliau akan cuba bertanding untuk penggal ketiga.

Ditanya lebih lanjut mengenai calon berpotensi termasuk Naib Presiden JD Vance dan Setiausaha Negara AS Marco Rubio, Trump menegaskan bahawa beliau menyukai kedua-duanya.

“...Kami mempunyai barisan pelapis yang luar biasa. Malah, kami boleh menggandingkan dua orang sekali gus. Kami mempunyai barisan yang hebat. Jadi saya tidak mahu mula bercakap tentang pilihan raya - masih terlalu awal,” katanya lagi.

Pindaan Ke-22 Perlembagaan AS mengehadkan tempoh perkhidmatan presiden kepada hanya dua penggal sahaja.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan