NEW YORK, 23 Okt (Bernama-CMG) -- China menggesa agar kerajaan peralihan Syria melaksanakan kewajipan dalam usaha memerangi keganasan dengan bersungguh-sungguh.
Gesaan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Syria yang berlangsung pada Rabu.
Fu menggesa kerajaan peralihan Syria mengambil tindakan tegas dan berkesan bagi membanteras semua kumpulan pengganas yang disenaraikan oleh UNSC, termasuk Gerakan Islam Turkistan Timur (ETIM).
Beliau berkata usaha menggerakkan proses politik yang bersifat inklusif merupakan kunci bagi menyelesaikan isu Syria.
China menyokong kerajaan peralihan negara itu menyatupadukan pelbagai puak untuk menangani perselisihan menerusi dialog dan membina konsensus menerusi rundingan.
Menurut Fu, sebagai negara penting di rantau Asia Barat, perkembangan situasi di Syria berkait rapat dengan keamanan dan kestabilan serantau.
Semua pihak terlibat harus terus menyediakan sokongan serta bantuan yang konstruktif dan tidak boleh mengambil kesempatan untuk mengaut laba demi kepentingan sendiri, katanya.
Beliau turut menggesa Israel menghentikan operasi ketenteraan ke atas Syria dan berundur dari wilayah Syria dengan serta-merta.
–BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial