WASHINGTON, 23 Okt (Bernama-Xinhua) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu berkata beliau telah membatalkan rancangan pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor Xinhua.
“Kami telah membatalkan pertemuan dengan Presiden Putin,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih. “Saya rasa ia tidak sesuai untuk diteruskan.”
“Saya rasa kami tidak akan mencapai tahap yang sepatutnya. Jadi saya batalkan, tetapi kami akan adakan pada masa depan,” tambah beliau.
Trump minggu lalu berkata beliau akan bertemu dengan Putin di Budapest, Hungary untuk mengadakan rundingan, selepas perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu. Namun pada Selasa, beliau memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa pertemuan itu akan menjadi “pembaziran masa.”
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial