BEIJING, 22 Okt (Bernama-CMG) -- Pertubuhan Pengantaraan Antarabangsa (IOMed) dirasmikan dalam satu majlis yang berlangsung di Hong Kong pada Isnin.
Majlis perasmian dihadiri wakil dari lebih 30 negara pengasas pertubuhan berkenaan serta hampir 200 tokoh pelbagai lapisan masyarakat Hong Kong.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Selasa berkata visi IOMed adalah selari dengan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang dikemukakan Presiden Xi Jinping.
IOMed komited untuk menggalakkan perdamaian, kerjasama dan keharmonian, memelihara kesaksamaan dan keadilan, mengamalkan prinsip berbincang bersama, membangun bersama dan berkongsi, serta menjunjung pendekatan berpusatkan rakyat.
Sebagai langkah rintis dalam aspek kedaulatan undang-undang antarabangsa, IOMed akan memainkan peranan positif untuk mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, sekali gus mengangkat Hong Kong sebagai “kota pengantara”.
Menurut beliau, konvensyen mengenai penubuhan IOMed yang berkuat kuasa pada bulan Ogos telah dimeterai 37 negara dan diratifikasikan oleh lapan negara setakat ini.
China mengalu-alukan lebih banyak negara menyertai IOMed dan menjalin kerjasama rapat dengan pertubuhan itu bagi bersama-sama menyumbang kepada kedamaian dan pembangunan dunia.
BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial