DUNIA > BERITA

Netflix Lapor Hasil Suku Ketiga Yang Kukuh

22/10/2025 01:09 PM

NEW YORK, 22 Okt (Bernama-Xinhua) -- Netflix, Inc. pada Selasa melaporkan peningkatan 17 peratus dalam pendapatan suku ketiga kepada US$11.5 bilion, selari dengan ramalan syarikat sendiri.

Netflix menyatakan ia mencatatkan suku terbaik dalam sejarah bagi jualan iklan.

“Kami menamatkan tahun ini dengan momentum yang baik dan mempunyai senarai kandungan suku keempat yang menarik,” menurut syarikat itu.

Walau bagaimanapun, pendapatan bersihnya - yang meningkat sekitar lapan peratus kepada US$2.5 bilion - adalah di bawah unjuran.

Netflix tidak mendedahkan angka khusus bilangan pelanggan dalam laporannya.

Saham Netflix menurun lebih daripada enam peratus dalam dagangan selepas waktu pasaran berikuan laporan itu.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan