BEIJING, 16 Okt (Bernama-CMG) -- Tinjauan pendapat umum yang dilancarkan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati sebanyak 91.3 peratus responden mengecam dengan keras langkah tarif Amerika Syarikat (AS).
Tinjauan itu dilakukan CGTN berikutan Washington mengambil langkah tarif baharu yang menyasarkan China dan perdagangan dunia, memberikan tempias teruk kepada sistem perdagangan bebas antarabangsa.
Kebanyakan responden percaya bahawa AS akan menanggung kerugian lebih besar akibat perang tarif yang dilancarnya sendiri.
Sejak China dan AS mengadakan rundingan ekonomi dan perdagangan di Madrid pada September, pihak AS telah mengambil beberapa langkah sekatan baharu ke atas China, termasuk ancaman untuk menaikkan tarif 100 peratus ke atas barang dari China serta mengenakan bayaran tambahan perkhidmatan pelabuhan terhadap kapal yang berkaitan dengan China.
Pada hakikatnya, China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang meluas dan ruang kerjasama yang besar dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Kedua-dua pihak harus memaksimumkan peranan mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan demi mendorong hubungan ekonomi dan perdangangan kedua-dua negara berkembang secara sihat, mampan dan lestari.
Menurut tinjauan CGTN itu , sebanyak 88.4 peratus responden menyeru kedua-dua negara China dan AS menyelesaikan masalah berasaskan prinsip saling menghormati dan permuafakatan sama rata, di samping mengawal perselisihan pendapat dengan baik.
Manakala 84.4 peratus responden berpendapat, peningkatan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan AS bukan sahaja bermanfaat bagi pembangunan masing-masing, tetapi juga memberikan jaminan penting kepada kestabilan rantaian perindustrian dan rantaian bekalan global.
Tinjauan itu dilancarkan di platform CGTN dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia, diikuti sebanyak 6,572 netizen global.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial