KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Kesemua 23 rakyat Malaysia yang ditahan telah berlepas menaiki pesawat khas kerajaan Turkiye TK6921 dari Lapangan Terbang Ramon, Israel.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan perkembangan terbaharu itu dalam satu hantaran di laman Facebook beliau petang ini.
Beliau berkata Kedutaan Malaysia di Ankara dan pejabat Konsulat Jeneral di Istanbul akan menguruskan kediaman mereka untuk bermalam di Istanbul sebelum pulang ke tanah air.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan atas bantuan mereka dalam menyelaras proses rundingan dan pembebasan mereka.
Pada Khamis, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3, di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial