VIENNA, 1 Okt (Bernama-Xinhua) -- Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia (ZNPP) berdepan risiko keselamatan nuklear kritikal selepas terputus daripada bekalan kuasa luar selama lebih seminggu, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam satu kenyataan pada Selasa, lapor Xinhua.
Ketua Pengarah IAEA Rafael Grossi berkata agensi itu sedang berhubung dengan Rusia dan Ukraine untuk memudahkan pemulihan bekalan kuasa ke ZNPP secepat mungkin.
Loji itu kehilangan bekalan kuasa luar sepenuhnya pada 23 Sept buat kali ke-10, selepas talian terakhir yang berfungsi rosak akibat aktiviti ketenteraan kira-kira 1.5 kilometer dari kawasan loji.
Penjana diesel kecemasan kemudian diaktifkan secara automatik bagi membekalkan kuasa kepada sistem keselamatan serta menyejukkan enam reaktor dan bahan api nuklear terpakai.
“Walaupun loji masih dapat beroperasi menggunakan penjana diesel kecemasan – sebagai benteng terakhir sistem– dan tidak menimbulkan ancaman selagi ia berfungsi, namun keadaan ini jelas tidak mampan dari segi keselamatan nuklear.
“Tiada pihak yang akan mendapat manfaat daripada kemalangan nuklear,” kata Grossi memberi amaran.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial