DUNIA > BERITA

“Tiangong Ultra” Juara Pertama Acara Pecut 100 Meter Robot Humanoid

18/08/2025 05:27 PM

BEIJING, 18 Ogos (Bernama-CMG) -- Robot "Tiangong Ultra" daripada Pusat Inovasi Robot Humanoid Beijing, yang melakukan catatan masa 21.50 saat menjuarai acara pecut 100 meter dalam Sukan Robot Humanoid Sedunia 2025 yang diadakan di Gimnasium Luncur Ais Laju Kebangsaan China di sini pada Ahad.

Sebanyak 280 pasukan dari 16 buah negara dan wilayah telah mendaftar untuk beraksi dalam temasya sukan bersepadu yang disertai oleh robot humanoid yang pertama di persada dunia itu.

Pihak penganjur berharap melalui hasil perkembangan teknologi yang dipamerkan dan diuji dalam temasya sukan terbabit, akan terus mendorong kemajuan dan aplikasi sains dan teknologi melibatkan struktur robot, kecerdasan buatan, dan teknologi penderiaan.

Dimaklumkan lagi, sukan yang diadakan selama tiga hari itu telah menutup tirai pada hari yang sama, dan edisi keduanya dijadualkan pada Ogos tahun 2026.

Untuk rekod, sebelum ini iaitu seawal bulan April tahun 2025, Tiangong Ultra pernah menjuarai Kejohanan Maraton Separuh Robot Humanoid Dunia Pertama dengan catatan 2 jam 40 minit 42 saat.

– BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan