RIYADH, 24 Julai (Bernama-SPA) -- Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Jasem Albudaiwi mengecam keras cadangan Knesset pasukan pendudukan Israel untuk mengenakan kedaulatan Israel secara paksa ke atas Tebing Barat dan Lembah Jordan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Albudaiwi berkata cadangan itu, yang bertujuan mengenakan kedaulatan melalui kekerasan, mengesahkan dasar pengilhakan berbahaya pasukan pendudukan Israel yang kini mengancam keselamatan rantau itu dan merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau menambah bahawa langkah tidak bertanggungjawab itu hanya akan memburukkan lagi ketegangan di rantau itu dan dunia, serta meningkatkan penderitaan rakyat Palestin.
Beliau menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil pendirian yang jelas dan tegas untuk menghentikan sebarang tindakan unilateral yang boleh menjejaskan prospek keamanan menyeluruh dan adil.
Albudaiwi turut menegaskan pendirian tetap GCC dalam menyokong rakyat Palestin, perjuangan mereka yang adil, serta hak sah mereka untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara, selaras dengan resolusi legitimasi antarabangsa dan Inisiatif Keamanan Arab.
-- BERNAMA-SPA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial