DUNIA > BERITA

37 Maut, 10 Selamat Bot Pelancong Terbalik Di Teluk Ha Long, Vietnam

20/07/2025 05:03 PM

HANOI, 20 Julai (Bernama-VNA) -- Sekurang-kurangnya 37 maut manakala 10 lagi terselamat dalam kejadian bot pelancong terbalik di Teluk Ha Long, Vietnam pada Sabtu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik pegawai.

Kejadian melibatkan bot pelancong, QN7105 yang membawa 48 penumpang dan lima kru itu berlaku ketika cuaca buruk yang melanda utara Vietnam dan Teluk Tonkin kira-kira 3 petang.

Menurut laporan Jawatankuasa Pemandu Pencegahan Bencana Alam dan Mencari dan Menyelamat wilayah, bot malang itu dipukul ribut secara tiba-tiba semasa berada di antara Pulau Hon Ga Choi dan Gunung Bai Tho, kira-kira tiga batu nautika dari pantai. 

Setakat ini, seramai 47 orang telah ditemukan — 10 terselamat dan 37 disahkan maut, termasuk empat mangsa yang masih belum dikenal pasti. 

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan dalam keadaan cuaca yang mencabar.

-- BERNAMA-VNA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan