DUNIA > BERITA

Macron Umum Perbelanjaan Ketenteraan Tambahan Untuk Dua Tahun Akan Datang

14/07/2025 05:58 PM

PARIS, 14 Julai (Bernama-Xinhua) -- Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Ahad mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak €6.5 bilion (US$7.6 bilion) bagi perbelanjaan ketenteraan dalam tempoh dua tahun akan datang, dengan sasaran perbelanjaan pertahanan tahunan mencecah €64 bilion menjelang 2027, lapor Xinhua.

Dalam ucapan kepada angkatan tentera negara itu, Macron menggariskan hala tuju ketenteraan dan visi strategik Perancis, sambil menyatakan bahawa perbelanjaan pertahanan "adalah dan akan terus menjadi sumber kekayaan bagi keluaran dalam negara kasar (KDNK), ekonomi dan wilayah kita."

Presiden Perancis itu turut mendedahkan rancangan untuk meneroka penubuhan satu inisiatif perkhidmatan negara yang baharu. (€1 = US$1.17)

-- BERNAMA-XINHUA
 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan