DUNIA > BERITA

Jurulatih Brazil Ancelotti Disabitkan Kesalahan Elak Cukai Di Sepanyol

10/07/2025 05:34 PM

MADRID, 10 Julai (Bernama-dpa) -- Jurulatih pasukan kebangsaan Brazil Carlo Ancelotti dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan mengelak cukai, menurut Mahkamah Wilayah Madrid pada Rabu, lapor agensi berita Jerman dpa.

Mahkamah turut mengenakan denda sebanyak €386,361.93 (US$452,268.39). Keputusan itu belum muktamad dan boleh dirayu.

Bekas jurulatih Real Madrid itu dijangka tidak akan dipenjarakan memandangkan hukuman penjara sehingga dua tahun kebiasaannya digantung pelaksanaannya di Sepanyol.

Pejabat pendakwa raya sebelum ini menuntut hukuman penjara selama empat tahun sembilan bulan dan denda melebihi €3 juta.

Ancelotti dituduh gagal membayar cukai berjumlah sekitar €1.06 juta kepada pihak berkuasa cukai sepanjang penggal pertamanya bersama Real Madrid dari 2013 hingga 2015.

-- BERNAMA-dpa


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan