DUNIA > BERITA

Persidangan Kereta Api Laju Dunia Ke-12 Buka Tirai

10/07/2025 02:58 PM

BEIJING, 10 Julai (Bernama-CMG) -- Persidangan Kereta Api Laju Dunia ke-12 membuka tirainya di Beijing pada Selasa dengan Naib Perdana Menteri China, Zhang Guoqing hadir merasmikan acara terbabit serta menyampaikan ucapan pembukaan.

Dalam ucapannya, Zhang berkata China komited untuk terus memajukan kerjasama kereta api laju (HSR) di peringkat dua hala dan pelbagai hala secara proaktif, memperkukuh kesalinghubungan, di samping meningkatkan perkongsian teknologi dan pengalaman dalam pembinaan dan pengurusan HSR dengan pelbagai negara.

Selain itu, China akan terus mendorong pembangunan sektor HSR demi memacu pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat, katanya.

Bertemakan "Kereta Api Berkelajuan Tinggi: Inovasi dan Pembangunan Demi Kehidupan Lebih Baik", persidangan kali ini disertai lebih 2,000 tetamu termasuk juruteknik, ketua syarikat, pegawai kerajaan dan wakil organisasi antarabangsa.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan