KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Pertemuan antara Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio sempena mesyuarat peringkat tinggi ASEAN dijadual berlangsung pada 6 petang Khamis (10:00 GMT), menurut jadual rasmi Jabatan Negara AS.
“6:00 petang WAKTU TEMPATAN [10:00 GMT] — Setiausaha Negara Rubio dijadual bertemu Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov di Kuala Lumpur, Malaysia,” memetik jadual itu.
Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova sebelum ini mengesahkan kepada RIA Novosti bahawa pertemuan itu sedang dirundingkan.
Lavrov kini berada di Malaysia bagi menghadiri siri mesyuarat peringkat menteri yang berlangsung pada 10 dan 11 Julai.
Beliau akan menyertai mesyuarat peringkat menteri luar dalam tiga format: Rusia-ASEAN, Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS), dan Forum Serantau ASEAN (ARF).
Lavrov juga dijangka mengadakan beberapa pertemuan dengan rakan sejawatnya dari negara-negara Asia di luar mesyuarat rasmi ASEAN, kata Zakharova.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial