HANOI, 7 Julai (Bernama-VNA) -- Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar (MAE) Vietnam dijangka mengeluarkan piawaian pelepasan kebangsaan baharu untuk motosikal bulan ini sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan pencemaran udara bandar dan melengkapkan sistem peraturan teknikal kebangsaan mengenai emisi kenderaan.
Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), Pengarah Agensi Alam Sekitar Vietnam di bawah kementerian itu Hoang Van Thuc menyatakan bahawa langkah berkenaan selaras dengan Undang-Undang Perlindungan Alam Sekitar 2020.
Beliau berkata agensi itu telah ditugaskan untuk merangka pekeliling yang mengawal selia piawaian teknikal kebangsaan (QCVN) mengenai pelepasan untuk kereta, motosikal dan kenderaan bermotor, bersama-sama dengan cadangan pelan hala tuju pelaksanaan untuk dikemukakan kepada menteri bagi kelulusan.
Pada masa sama, MAE sedang menyediakan draf keputusan kerajaan mengenai pelan hala tuju untuk melaksanakan piawaian pelepasan bagi motosikal dan kenderaan bermotor untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri bagi kelulusan.
Menurut Bank Dunia, pencemaran udara di Vietnam menyebabkan kerugian ekonomi tahunan bersamaan enam hingga tujuh peratus daripada KDNK.
-- BERNAMA-VNA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial