SEOUL, 7 Julai (Bernama-Yonhap) -- Bilangan individu yang mengalami penyakit berkaitan haba meningkat lebih 83 peratus berbanding tahun lepas apabila gelombang haba melanda negara itu lebih awal daripada biasa tahun ini, menurut data pada Isnin.
Menurut Agensi Berita Yonhap, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) merekodkan 875 pesakit setakat Ahad tahun ini, meningkat 83.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
KDCA mula merekodkan bilangan pesakit berkaitan haba sejak 15 Mei.
Daripada 875 pesakit itu, tujuh orang dipercayai meninggal dunia akibat strok haba, berbanding tiga kematian pada 2023, menurut KDCA.
Terdahulu, agensi cuaca negara itu mengeluarkan amaran gelombang haba pertama musim ini untuk seluruh Seoul.
Amaran pertama tahun ini dikeluarkan 18 hari lebih awal berbanding tahun lepas, ketika negara itu mengalami gelombang haba terburuk yang pernah dicatatkan.
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu maksimum dijangka mencecah 35 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut atau apabila kerosakan besar akibat haba dijangka berlaku.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial