DUNIA > BERITA

Putin Bakal Adakan Perjumpaan Dengan Ketua Agensi Berita Dunia Di SPIEF – Kremlin

17/06/2025 09:15 PM

MOSCOW, 17 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Rusia, Vladimir Putin, akan mengadakan perjumpaan dengan ketua agensi berita dunia sempena Forum Ekonomi Antarabangsa St. Petersburg (SPIEF) 2025, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov kepada RIA Novosti pada Selasa.

"Ya," kata Peskov apabila ditanya sama ada perjumpaan itu akan berlangsung.

Bandar St. Petersburg di Rusia akan menjadi tuan rumah edisi ke-28 SPIEF dari 18 hingga 21 Jun dengan tema "Nilai Bersama: Asas Pertumbuhan dalam Dunia Multipolar."

Kumpulan media antarabangsa Rossiya Segodnya, syarikat induk RIA Novosti adalah rakan informasi rasmi forum itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan