DUNIA > BERITA

Beberapa Negara Timur Tengah Buka Semula Ruang Udara Untuk Penerbangan Awam

14/06/2025 08:16 PM

BEIRUT, 14 Jun (Bernama–dpa) -- Beberapa negara Timur Tengah membuka semula ruang udara mereka kepada penerbangan awam pada Sabtu, meskipun ketegangan antara Israel dan Iran terus memuncak susulan siri serangan yang berterusan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Jordan memulakan semula operasi penerbangan awam pada 7.30 pagi (0430 GMT), menurut agensi berita rasmi negara itu, Petra.

Lubnan turut membuka ruang udaranya pada 10 pagi, manakala agensi berita rasmi Syria, SANA, juga mengumumkan pembukaan semula ruang udara lebih awal pada hari yang sama.

Sementara itu, Iraq melanjutkan penggantungan penerbangan awam sehingga awal petang.

Semua sekatan ini dikenakan ekoran peningkatan ketegangan yang belum pernah berlaku sebelum ini, yang tercetus selepas serangan udara Israel ke atas kemudahan nuklear Iran, kepimpinan tentera dan saintis utama negara itu pada awal pagi Jumaat.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan beberapa gelombang serangan peluru berpandu balistik dan dron.

Kedua-dua pihak melaporkan terdapat kematian.

Walaupun terdapat tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk meredakan ketegangan, kedua-dua pihak dilihat enggan berundur daripada konflik yang kini memasuki hari kedua.

-- BERNAMA-dpa


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan