MOSCOW, 11 Jun (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Syarikat aeroangkasa Boeing memperoleh lebih 300 tempahan untuk pesawat komersial pada Mei, 38 kali ganda lebih tinggi berbanding April, menurut kenyataan syarikat itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Daripada 303 pesanan yang diperoleh bulan lalu, 150 pesanan datang daripada perjanjian yang dimeterai dengan Qatar Airways semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Timur Tengah.
Pada masa sama, 119 tempahan untuk pesawat 737 MAX dan tujuh pesawat 787-9 Dreamliner pada Mei diterima daripada pelanggan yang tidak didedahkan, menurut laporan terkini syarikat itu.
Pada April, Boeing hanya memperoleh lapan pesanan untuk pesawat komersial.
Sejak awal tahun ini, syarikat itu telah menerima sejumlah 552 pesanan pesawat komersial, menurut laporan terbaharu Boeing.
Pada Mei, Boeing menghantar 45 pesawat komersial, sama seperti pada April.
Dalam tempoh Januari hingga Mei, syarikat itu telah menghantar sejumlah 220 pesawat.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial