DUNIA > BERITA

ASEAN Perlu Manfaatkan Peluang Di Sebalik Langkah Tarif AS - Pengerusi ASEAN-BAC

08/06/2025 10:18 PM

HANOI, 8 Jun (Bernama-VNA) -- Negara Asia Tenggara boleh memanfaatkan pelaksanaan tarif dan dasar Amerika Syarikat yang lain dengan menilai semula hubungan perdagangan yang sebelum ini terabai serta membuka pintu kepada pelajar antarabangsa, menurut Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC), Tan Sri Nazir Razak.

Agensi Berita Vietnam (VNA) melaporkan bahawa Nazir, yang mengetuai majlis itu sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia pada 2025, menekankan kepentingan memperkukuh hubungan ekonomi intrarantau dengan meningkatkan perdagangan dan pelaburan dalam kalangan negara anggota ASEAN.

Beliau turut menyeru agar ASEAN menjalin kerjasama lebih erat dengan negara lain di dunia seperti China, India dan Jepun.

Ketua ASEAN-BAC itu juga mencadangkan agar ASEAN dan Jepun bekerjasama dalam bidang seperti kecerdasan buatan dan tenaga memandangkan kedua-dua pihak berpotensi membina keupayaan bersama dalam bidang tersebut.

-- BERNAMA-VNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan