DUNIA > BERITA

Wartawan Foto Keempat Maut Dalam Serangan Israel Terhadap Khemah Media Di Gaza

06/06/2025 06:07 PM

ANKARA, 6 Jun (Bernama-Anadolu) -- Seorang wartawan foto Palestin menjadi mangsa terbaharu serangan udara Israel ke atas khemah media di Hospital Al-Ahli Baptist, Gaza, pada Khamis, menjadikan angka pengamal media yang terbunuh dalam insiden itu meningkat kepada empat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sumber perubatan pada Jumaat memaklumkan bahawa wartawan foto Ahmad Qalja meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami selepas serangan dron membunuh tiga wartawan lain dan mencederakan empat lagi.

Pejabat Media Kerajaan di Gaza mengesahkan bahawa dengan kematian Qalja, jumlah wartawan Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Okt 2023, kini mencecah 226. 

Angka itu termasuk 30 wartawan wanita dan seorang wartawan dari Tebing Barat yang diduduki.

Serangan itu berlaku sehari selepas Amerika Syarikat memveto draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa "gencatan senjata segera, tanpa syarat dan berkekalan" di Semenanjung Gaza.

-- BERNAMA-ANADOLU



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan