DUNIA > BERITA

Pakistan Berharap Tingkatkan Status Rakan Dialog ASEAN – Pesuruhjaya Tinggi

06/06/2025 06:30 PM

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pakistan memperbaharui usaha untuk menjadi rakan dialog penuh ASEAN, apabila Pesuruhjaya Tingginya, Syed Ahsan Raza Shah mengulangi komitmen Islamabad untuk memperkukuh kerjasama serantau dan penglibatan dengan blok itu.

Syed Ahsan berkata Pakistan, yang merupakan rakan dialog sektoral pertama ASEAN sejak 1993, telah lama menghargai kerjasama dengan blok serantau itu dan berhasrat memperluaskan lagi kerjasama sedia ada.

“Perkara ini telah dibincangkan antara Perdana Menteri Pakistan dan Perdana Menteri Malaysia. Sebaik sahaja moratorium (penerimaan rakan dialog baharu) ditamatkan, kami berharap dapat diberikan status rakan dialog penuh,” katanya pada taklimat media di sini, Jumaat.

Beliau berkata bahawa Pakistan melihat ASEAN sebagai platform penting untuk mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau, memupuk kerjasama ekonomi dan memperkukuh pembangunan bersama.

Pada Oktober tahun lalu, laporan media memetik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia memberikan sokongan penuh terhadap usaha Pakistan menjadi rakan dialog penuh ASEAN.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan