DUNIA > BERITA

Konvensyen Pertubuhan Antarabangsa Untuk Pengantaraan Berkuat Kuasa Di Hong Kong

30/05/2025 06:11 PM

HONG KONG, 30 Mei (Bernama-CMG) -- Majlis penandatanganan Konvensyen Pertubuhan Antarabangsa untuk Pengantaraan diadakan di sini hari ini, menandakan pelancaran rasmi organisasi antarabangsa pertama yang berfokus kepada pengantaraan pertikaian antarabangsa.

Pada sebelah petang, Forum Pengantaraan Antarabangsa turut diadakan, dengan perbincangan tertumpu kepada dua topik utama iaitu “pengantaraan pertikaian antara negara” dan “pengantaraan pertikaian pelaburan dan perdagangan antarabangsa.”

Majlis itu dihadiri oleh Menteri Luar China Wang Yi, selain wakil peringkat tinggi, bekas pemimpin terkemuka serta pakar antarabangsa dari lebih 60 buah negara di Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah.

Turut serta ialah hampir 20 institusi antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Untuk rekod, China bersama hampir 20 negara lain yang berkongsi pandangan serupa mencetuskan inisiatif tentang penubuhan pertubuhan antarabangsa bagi pengantaraan sejak 2022.

Melalui usaha bersama itu, rundingan mengenai konvensyen berkenaan berjaya dimuktamadkan, dengan persetujuan bersama untuk menempatkan ibu pejabat pertubuhan itu di Hong Kong, China.

Sebagai organisasi antara kerajaan yang pertama seumpamanya, pertubuhan terbabit dilihat sebagai satu mekanisme penting untuk mempertahankan prinsip dan manifesto yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan