MAKKAH, 29 Mei (Bernama-SPA) -- Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji tahun ini, 1446 Hijrah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Suhu maksimum dijangka antara 40 hingga 47 darjah Celsius, manakala suhu minimum dijangka sekitar 27 hingga 32 darjah Celsius. Kelembapan pula dijangka antara 15 hingga 60 peratus.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat itu Dr Ayman Ghulam berkata angin semasa musim haji dijangka bertiup dari arah utara ke barat laut dengan kelajuan antara 25–35 km/j. Angin ini berpotensi membawa debu dan mengurangkan jarak penglihatan mendatar, terutamanya di kawasan terbuka dan lebuh raya.
Selain itu, terdapat kemungkinan pembentukan ribut petir di kawasan tanah tinggi Taif, yang boleh menjejaskan kawasan tanah suci antara 8 hingga 13 Zulhijah. Ribut ini mungkin disertai dengan angin kencang yang boleh menyebabkan penyebaran debu dan pasir secara meluas.
-- BERNAMA-SPA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial