DUNIA > BERITA

Marcos Arah Semua Setiausaha Kabinet Letak Jawatan Selepas Pilihan Raya Pertengahan Penggal

22/05/2025 03:50 PM

MANILA, 22 Mei (Bernama-Xinhua) -- Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos meminta semua setiausaha kabinet mengemukakan peletakan jawatan secara hormat susulan prestasi buruk calon pentadbiran dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 12 Mei lepas, menurut Pejabat Komunikasi Presiden (PCO) pada Khamis, lapor Xinhua.

Menurut PCO, rombakan itu “bertujuan memberi ruang kepada presiden untuk menilai prestasi setiap jabatan dan menentukan siapa yang akan terus berkhidmat selaras dengan keutamaan baharu pentadbirannya yang disusun semula.”

“Tindakan ini menandakan peralihan jelas daripada fasa awal tadbir urus kepada pendekatan yang lebih fokus dan berorientasikan prestasi,” kata PCO.

PCO turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan kerajaan akan terus berjalan seperti biasa sepanjang tempoh peralihan itu.

Marcos dipilih sebagai presiden pada 2022 dan mempunyai tiga tahun lagi untuk menamatkan penggal enam tahunnya yang berakhir pada 2028.

Dalam pilihan raya baru-baru ini, hanya enam calon senator yang disokong Marcos memenangi kerusi senat - satu pencapaian yang tidak memenuhi jangkaan.

-- BERNAMA-Xinhua

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan