DUNIA > BERITA

Chengdu Pergiat Kerja Persiapan Sukan Dunia 2025

30/04/2025 03:40 PM

BEIJING, 30 April (Bernama-CMG) -- Kerja persiapan untuk Sukan Dunia (TWG) edisi ke-12 di Chengdu sudah hampir selesai.

Perkembangan itu dimaklumkan dalam satu sidang media di Beijing pada Selasa sempena kiraan detik 100 hari menjelang  temasya sukan berprestij itu.

Difahamkan, TWG 2025 akan menawarkan sebanyak 34 sukan melibatkan 255 acara untuk dipertandingkan.

Larian obor dijadual dilancarkan di Muzium Sanxingdui di bandar Deyang, provinsi Sichuan pada 26 Julai.

Sempena penganjuran temasya sukan itu, Chengdu selaku tuan rumah turut memperkenalkan pakej pelancongan budaya serta siri aktiviti yang menarik bagi membolehkan pengunjung merasai keunikan budaya tradisi tempatan.

Langkah juga akan diambil untuk memastikan pengembara asing menikmati kemudahan dan perkhidmatan lebih cekap, antaranya termasuk mewujudkan pembayaran mudah alih bagi 21 e-dompet luar negara dan menyediakan skrin terjemahan pintar di kawasan utama.

Pada masa ini, jumlah kedai bayaran balik cukai pelepasan di seluruh bandar Chengdu telah meningkat kepada 429 buah.

--BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan