DUNIA > BERITA

GEMPA BUMI DENGAN MAGNITUD 5.8 GEGARKAN TIMUR TAIWAN

10/05/2024 08:12 PM

TAIPEI, 10 Mei (Bernama-CNA) -- Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat, lapor Agensi Berita Pusat (CNA) yang memetik data daripada Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

Pusat gempa itu terletak di laut, 32.8 kilometer (km) timur laut Dewan Daerah Hualien, pada kedalaman 10 km, menurut data CWA.

Keamatan gempa, yang mengukur kesan sebenar kejadian seismik, didapati paling tinggi di kawasan sempadan antara Daerah Hualien dan Yilan yang mencapai tahap 4 pada skala keamatan 7 peringkat Taiwan.

Gempa bumi itu turut mencatat keamatan 3 di New Taipei, Taichung, dan Daerah Nantou, menurut data CWA.

Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini.

-- BERNAMA-CNA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan