DUNIA > BERITA

KIRA-KIRA 110,000 WARGA PALESTIN MELARIKAN DIRI DARI RAFAH - UNRWA

10/05/2024 05:56 PM

TEL AVIV, 10 Mei (Bernama-dpa) -- Kira-kira 110,000 warga Palestin telah meninggalkan Rafah di selatan Semenanjung Gaza sejak tentera Israel mula mara ke bandar itu, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menerusi hantaran di X, UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.

“Satu-satunya harapan ialah gencatan senjata dengan segera,” kata UNRWA.

Menurut pihak berkuasa sempadan Palestin, lintasan sempadan Rafah ke Mesir masih ditutup untuk penghantaran bantuan kemanusiaan.

-- BERNAMA-dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan