DUNIA > BERITA

EAEU MENJADI PUSAT KUASA BEBAS DALAM DUNIA MULTIPOLAR, KATA PUTIN

09/05/2024 09:51 PM

MOSCOW, 9 Mei (Bernama-Xinhua) -- Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) telah menjadi salah satu pusat kuasa bebas dan mandiri dalam kemunculan dunia multipolar, kata Presiden Rusia Vladimir Putin pada Rabu.

Ketika berucap pada mesyuarat sidang kemuncak Majlis Ekonomi Tertinggi Eurasia EAEU, Putin berkata bahawa EAEU telah menjadi organisasi bersepadu yang berkesan dan dinamik, serta  menyumbang kepada pembangunan pertukaran perdagangan dan pelaburan, memperkukuh hubungan komersial, serta meluaskan hubungan kerjasama.

"Jumlah perdagangan bersama hampir dua kali ganda daripada US$45 bilion kepada US$89 bilion," kata Putin, sambil menambah bahawa lebih 90 peratus pembayaran telah dibuat dalam mata wang negara masing-masing.

Beliau menyeru negara anggota EAEU agar bekerjasama untuk mencapai integrasi dan pembangunan menyeluruh dalam blok itu.

Sidang kemuncak itu bermula di Moscow pada Rabu bagi menandakan ulang tahun ke-10 penandatanganan perjanjian penubuhan kesatuan itu. Ia turut dihadiri oleh Presiden Belarus Aleksandr Lukashenko, Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev, dan Perdana Menteri Armenia Nikol Pashinyan.

EAEU, yang secara rasmi ditubuhkan pada Januari 2015, adalah blok serantau yang terdiri daripada Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Belarus, dan Armenia.

--BERNAMA-XINHUA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan