DUNIA > BERITA

MAYAT MANGSA TERAKHIR JAMBATAN RUNTUH DI BALTIMORE, AS DIJUMPAI

08/05/2024 04:27 PM

MOSCOW, 8 Mei (Bernama-Sputnik) -- Jasad mangsa keenam dan terakhir yang hilang dalam insiden jambatan runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) telah ditemukan, kata pihak berkuasa, lapor Sputnik.

"Pasukan penyelamat Komando Bersatu telah menemukan mangsa keenam dan segera memaklumkan kepada Jabatan Polis Maryland... Mangsa dikenal pasti sebagai Jose Mynor Lopez, 37, dari Baltimore, Maryland," menurut kenyataan pihak berkuasa itu pada Selasa.

Menurut Komando Bersatu, mangsa adalah antara enam pekerja pembinaan yang terbunuh apabila Jambatan Francis Scott Key di Baltimore runtuh pada Mac lepas.

“Ahli keluarga mangsa telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa dan pasukan pakar kesihatan mental selepas pengenalpastian positif disahkan," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan