DUNIA > BERITA

JET PEJUANG F-16 RSAF TERHEMPAS, JURUTERBANG DIBERI RAWATAN

08/05/2024 04:11 PM

SINGAPURA, 8 Mei (Bernama) -- Sebuah jet pejuang F-16 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terhempas di Pangkalan Udara Tengah selepas ia mengalami masalah semasa berlepas pada 12.35 tengah hari, Rabu.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam satu kenyataan menyatakan bahawa juruterbang bertindak mengikut prosedur kecemasan, berjaya keluar dari pesawat tersebut dan sedang menerima rawatan perubatan.

"Juruterbang itu dalam keadaan sedar dan mampu berjalan. Beliau sedang menerima rawatan perubatan dan tiada anggota lain yang tercedera," kata MINDEF.

Kementerian itu menambah bahawa RSAF sedang menjalankan siasatan.

"Kementerian Pertahanan dan RSAF akan memberikan perkembangan terkini mengenai kejadian itu secepat mungkin," tambahnya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan