DUNIA > BERITA

ACARA PERTUKARAN BUDAYA CHINA-SERBIA DIADAKAN

08/05/2024 02:18 PM

BELGRADE, 8 Mei (Bernama-CMG) -- Sesi pertukaran kebudayaan China-Serbia anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Radio Televisyen Serbia (RTS) diadakan di sini pada Selasa, sempena lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke negara itu.  

Timbalan Perdana Menteri Serbia, Aleksandar Vulin ketika berucap pada majlis pelancaran sesi itu berkata sejak ikatan diplomatik China-Serbia terjalin lebih 60 tahun dahulu, persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara berkembang baik dan semakin kukuh manakala hubungan dua hala semakin ditingkatkan melalui pertukaran rakyat dengan rakyat. 

"Serbia bersedia bersama-sama media dari China termasuk CMG, merapatkan komunikasi dan kerjasama, menyebarkan cerita mengenai kerjasama yang saling menguntungkan kedua-dua negara dan mengekalkan trend perkembangan hubungan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara," kata Vulin.

Presiden CMG Shen Haixiong pada majlis itu berkata pada tahun-tahun kebelakangan ini, CMG telah mengadakan kerjasama dengan beberapa media arus perdana dari Serbia, bersama menerbitkan program dokumentari serta mengadakan "musim tayangan program China" di negara itu. 

"CMG akan bekerjasama lebih erat dengan Jabatan Perhubungan Media Istana Presiden Serbia, akhbar, radio dan televisyen Serbia dalam bidang yang lebih luas. 

"Kami berharap saluran pertukaran kebudayaan kedua-dua negara dapat diperluas lagi bagi menyuntik momentum baharu kepada komuniti berkongsi nasib China-Serbia," kata Shen. 

-- BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan