DUNIA > BERITA

TOKOH AGAMA TERKENAL INDIA SERTAI PERSIDANGAN KETUA-KETUA AGAMA DI KUALA LUMPUR

06/05/2024 06:57 PM

NEW DELHI, 6 Mei (Bernama) -- Cendekiawan terkenal India dan penjaga ‘Makam Sufi Ajmer’, Syed Salman Chishty akan menyertai Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada Selasa.

Malaysia menganjurkan acara itu dengan kerjasama Liga Dunia Islam (MWL) yang berpangkalan di Makkah.

Kira-kira 2,000 ulama dan cendekiawan dari 57 negara dijangka menyertai persidangan itu yang bertujuan untuk memupuk dialog, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan komuniti agama yang pelbagai.

Salman Chishty ialah ketua pertubuhan bukan kerajaan ‘Chishty Foundation’.

Dalam satu kenyataan, MWL berkata Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia merupakan platform bagi membincangkan beberapa tema berkaitan kemajmukan, toleransi, kesederhanaan, pendidikan, membina jambatan hubungan dan persamaan inklusif.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan persidangan itu esok, yang akan turut dihadiri Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan