DUNIA > BERITA

ARSENAL KEKALKAN TEKANAN KE ATAS MANCHESTER CITY SELEPAS KALAHKAN BOURNEMOUTH

04/05/2024 11:18 PM

LONDON, 4 Mei (Bernama-dpa) -- Arsenal yang hanya tinggal dua lagi perlawanan berpotensi untuk merangkul gelaran Juara Liga Premier pertama mereka dalam tempoh dua dekad selepas menewaskan Bournemouth di Stadium Emirates, lapor agensi berita Jerman (dpa). 

Satu penalti daripada Bukayo Saka dan sumbangan gol pada babak kedua menerusi penyerang   Leandro Trossard dan Declan Rice membawa kemenangan 3-0 yang memastikan mereka berada di puncak liga selepas aksi hujung minggu.

Bagaimanapun nasib Arsenal untuk bergelar juara masih belum dapat dipastikan kerana juara bertahan Manchester City mempunyai satu lagi perlawanan tetapi apa yang anak buah Mikel Arteta boleh melakukan ialah memenangi baki perlawanan mereka menghadapi Manchester United dan Everton pada hari terakhir.

Dengan berada di tempat teratas, Arsenal menunggu hingga percubaan ke-16 mereka untuk memecah kebuntuan apabila Saka menyempurnakan sepakannya dari jarak 12 meter selepas Kai Havertz dikasari.

Gol sepakan Trossard memastikan mata penuh diperoleh biarpun Bournemouth merasa sedih kerana dinafikan satu gol lewat selepas Dominic Solanke didakwa mengasari penjaga gawang David Raya. 

-- BERNAMA-dpa

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan