DUNIA > BERITA

NAHAS FERI DI SULAWESI SELATAN, SEMUA PENUMPANG SELAMAT

27/04/2024 11:13 PM

JAKARTA, 27 April (Bernama) --  Sebuah feri yang gagal beroperasi kerana masalah elektrik berlanggar dengan dua kapal kargo kayu di Pelabuhan Bajoe, Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan, pada petang Jumaat. 

Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari ketika feri KMP Mishima sedang bersiap untuk berlepas ke Pelabuhan Kolaka Sulawesi Tenggara, membawa 174 penumpang dan kenderaan.

Saluran berita tempatan Berita Satu melaporkan feri itu hilang kawalan dan melanggar kapal kargo kayu itu yang sedang berlabuh.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan dan semua penumpang selamat dan dipindahkan ke feri lain.  

Laporan berita itu menyatakan perlanggaran itu mengakibatkan kerosakan teruk kepada kapal kayu itu, dengan sebuah daripadanya mengalami keretakan di haluan dan di bahagian tengah kapal. 

Pengurus KMP Mishima  Asnur Aini berjanji untuk bertanggungjawab sepenuhnya dan membayar ganti rugi kepada dua kapal yang rosak itu, biarpun kerosakan masih lagi dalam penilaian.  

Satu video amatur yang diambil oleh seorang penduduk tempatan yang mendokumentasikan kejadian itu, dengan pantas mendapat perhatian di laman media sosial.  

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan