COVID-19

COVID-19: Sinovac, Kemboja tandatangani MoU pembotolan vaksin

02/06/2022 03:46 PM

BEIJING, 2 Jun (Bernama) -- Sinovac Biotech dan syarikat perkilangan ubat-ubatan Kemboja  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Pembotolan Vaksin COVID-19 serta Perjanjian Pembelian dan Pembekalan Vaksin COVID-19 pada Rabu.

Majlis yang diadakan secara maya itu turut diserikan dengan kehadiran Duta China ke Kemboja, Wang Wentian dan Menteri Kesihatan Kemboja, Mam Bunheng.

Wang dalam ucapannya berkata sejak penularan wabak, China dan Kemboja berganding bahu dan saling membantu, satu contoh kerjasama baik di peringkat antarabangsa untuk menangkis wabak.

Pada Mac, pemimpin kedua-dua negara merancang pelan baharu untuk mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib yang strategik, sekali gus mencerminkan hala tuju perkembangan bilateral.

“MoU dan perjanjian yang ditandatangani kali ini akan menyediakan asas yang kukuh bagi pembinaan kilang pembotolan dalam kerjasama selanjutnya.

“Perusahaan kedua-dua pihak diharap mengintensifkan kerjasama, mempercepat penyiapan produk, dan secepat mungkin memastikan kilang terbabit dapat memberikan manfaat kepada rakyat Kemboja, di samping menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib yang lebih signifikan,” kata Wang.

Sementera itu, Bunheng pula mengucapkan tahniah dan menyambut baik kesepakatan berkenaan.

Jelas beliau, Kemboja mampu membotolkan vaksin dengan rujukan China dan senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk memenuhi permintaan rakyat dan warga asing di Kemboja.

Bunheng berkata Kemboja akan membeli vaksin keluaran kilang berkenaan untuk kegunaan domestik dalam tempoh tiga tahun lagi. 

Beliau turut menyifatkan usahasama syarikat Kemboja dengan Sinovac Biotech itu mampu memastikan kelestarian produk berkenaan. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan