COVID-19

Kes COVID-19 di India terus catat peningkatan 

09/04/2021 04:46 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 9 April -- India merekodkan sebanyak 131,968 kes COVID-19 dalam sehari, menyaksikan kebanyakan negeri terpaksa mengambil langkah pencegahan lebih ketat untuk membendung penularan jangkitan.

Angka korban dalam tempoh 24 jam lalu ialah seramai 780 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat.

India mencatatkan lebih 13 juta kes setakat ini dan 167,642 orang telah meninggal dunia.

Gujarat, Uttar Pradesh, Maharashtra dan New Delhi menghentikan semua aktiviti awam. 

Kekurangan vaksin juga dilaporkan di beberapa kawasan.

Puluhan pusat vaksinasi COVID-19 di Mumbai ditutup sementara pada Jumaat disebabkan kekurangan dos.

Hospital di Mumbai antara pusat rawatan yang paling banyak mengendalikan kes COVID-19.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan