COVID-19

Pelajar IPT dari Semenanjung, Sabah, Labuan wajib jalani saringan COVID-19 - JPBN Sarawak

05/10/2020 06:42 PM

KUCHING, 5 Okt -- Semua pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan yang telah melapor diri di Sarawak diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini.

JPBN Sarawak dalam satu kenyataan menyebut keputusan mewajibkan ujian saringan itu dibuat pada mesyuarat hari ini dan ia boleh dilakukan di klinik kesihatan yang berdekatan dengan pelajar.

“Pihak pengurusan IPTA dan IPTS dikehendaki berhubung dengan Pejabat Kesihatan Bahagian dengan segera,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa satu kes positif COVID-19 telah dikesan di daerah Kuching dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan tersebut di Sarawak meningkat kepada 718.

Setakat hari ini, tiga daerah di Sarawak iaitu Kuching, Sibu dan Lawas dikategorikan sebagai zon kuning manakala 37 lagi kekal berstatus hijau.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan