BENCANA NEGARA

KEBAKARAN TAPAK PELUPUSAN KAYU MADANG BERJAYA DIPADAMKAN SEPENUHNYA

29/03/2024 06:03 PM

KOTA KINABALU, 29 Mac (Bernama) -- Operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan Kayu Madang ditamatkan pada 3.15 petang hari ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Abdul Razak Muda.

Beliau berkata JBPM telah berjaya memadam kebakaran di kawasan seluas 10,287 meter persegi itu yang dibahagikan kepada empat sektor bagi memudahkan operasi.

"Operasi pemadaman hari keenam menggunakan satu aliran dua pancutan 100 meter dari jentera tangki air.

“Kebakaran melibatkan sisa pembuangan tayar terpakai di tapak pelupusan sampah berkenaan yang berkeluasan 45,700 meter persegi, ” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Kebakaran mula berlaku pada 24 Mac lepas dan kerja-kerja pemadaman api melibatkan pegawai serta anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran serta dibantu BBP lain antaranya dari Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah.

Sebelum ini Bernama melaporkan kualiti udara buruk akibat kebakaran itu telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk di kawasan berhampiran.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan