Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Tujuh Negeri Hingga 1 Pagi

01/07/2026 09:16 PM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda tujuh negeri hingga 1 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan Langkawi,  Perak (Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Gua Musang).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut)  dan Selangor (Hulu Selangor).

Ad Banner
Ad Banner

Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Kudat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan