Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Lebih 3,500 Individu Sertai Perarakan Niti Daun Sabtu Ini - Uggah

15/06/2026 04:42 PM

KUCHING, 15 Jun (Bernama) -- Lebih 3,500 individu dijangka menyertai perarakan “Niti Daun” pada Sabtu ini, yang merupakan sebahagian daripada sambutan Gawai Dayak peringkat negeri, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata perarakan berkenaan akan bermula dari Bangunan Tun Jugah menuju ke Kuching Waterfront, lokasi program utama dan penutup sambutan itu.

“Segala persiapan telah dirancang dengan rapi. Kami yakin sambutan Gawai Dayak tahun ini akan sekali lagi menampilkan acara yang menarik.

Ad Banner
Ad Banner

“Sebanyak 99 kontinjen mengambil bahagian pada perarakan ini dengan anggaran purata 30 peserta bagi setiap kontinjen,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan sambutan itu di sini hari ini.

Sementara itu, Uggah berkata majlis makan malam Gawai Dayak peringkat negeri akan diadakan pada Ahad (21 Jun) dengan dijadual dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata majlis berkenaan akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan